1,150 calon lulus penuh
BUKIT BERUANG - Seramai 1,150 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 atau 95.51 peratus di negeri ini lulus penuh berbanding 1,239 atau 96.95 peratus pada 2010.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusoff Osman berkata, daripada jumlah itu, seramai 595 calon atau 49.42 peratus berjaya memperoleh empat prinsipal dengan mengatasi peratus nasional pada paras 42.59 peratus dengan peningkatan sebanyak 6.83 peratus.
Katanya, jumlah calon yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas mencatatkan seramai 408 orang atau 33.89 peratus dengan peningkatan sebanyak 2.27 peratus ber­banding 31.62 peratus pada 2010.
“Calon yang berjaya memperoleh PNGK 4.00 seramai 11 orang iaitu enam calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka dan masing-masing seorang dari SMK Yok Bin, SMK Munshi Abdullah, SMK Tun Tuah, SMK Pulau Sebang dan juga SMK Datuk Bendahara. Sebanyak tujuh sekolah turut mencatatkan prestasi 100 peratus lulus penuh iaitu SMK Pulau Sebang, SMK Yok Bin, SMK Gajah Berang, Smk St Francis, SMK Seri Mahkota, SMK Dato' Dol Said dan SMK Ghafar Baba,” katanya.
Mohamad berkata, pelajar SMK Tun Tuah, Yeow Ting Fong, 20, pula dipilih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai penerima untuk Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2011 peringkat kebangsaan bagi kategori Calon Istimewa selepas berjaya memperoleh 3A dan 1A- dengan PNGK 3.92.
“Secara keseluruhannya, keputusan yang diumumkan hari ini Melaka mencatatkan keputusan yang memuaskan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan ke Sekolah Menengah Kebang­saan Agama Sultan Mu­hammad, Batu Berendam semalam, mendapati seramai 17 pelajar mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas daripada seramai 42 calon yang menduduki peperiksaan.


Alhamdulillah dpat jgk msok srat khabar....huhuhu...wlaupon aq xdpat 4 flat tp 3 pointer kat pon dah syukur....aq hrap aq bersma rkan laen dapt melanjutkan pengajian di "u" nnti...lau stu "u" lgi bgus...^_^...amin...