https://www.facebook.com/nurul.jannah.5439?ref=tn_tnmn SEMANGAT BOSS,PENCIL.MY: SEJARAH SILAM KEKUATAN BAGI DIRIKU....

Monday, November 4, 2013

SEJARAH SILAM KEKUATAN BAGI DIRIKU....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Ya Allah selepas maghrib ini bermula lah tahun baru mu,
  kehidupan baru buat ku..
  aku tidak thu apakah yang akan berlaku di hadapan ku nanti...
  semakin kehadapan semakin dekat perasaan takut di dalam dadaku...
  aku tidak mahu masa silam yang telah berlaku berulang kembali...
  biarkan ia pergi menjadi debu-debu beterbangan dan hanyut di bawa angin...

Ya Allah,di tahun baru ini Aku berazam dalam hati ini,

  • Jadikanlah aku dikalangan hambamu ,anak,wanita yang solehah walaupun ku tahu solehah utk hanya mudah diperkatakan tp susah utk dilakukan....

  • mendalami cinta-NYA...cinta yang agung,tiada setulus cinta hanya rasa cinta dari-NYA.. Engkau yang satu.. dalam hatiku "ALLAH"... kejarlah cinta Allah dan rasul dulu,ibu bapa dan keluarga, insyaAllah cinta lain akan datang  utk kamu...ia akan mnyusul selepas Allah dan Rasul... yakin pada Allah... :)

  • Permudahkanlah aku utk mendalami ilmu... walaupun diri ini dari sek ren - ke universiti sentiasa berada didalam kelompok "islam".. tp aku rasa diri ini belum cukup lain ilmu didalam dadaku ini.. ilmu yang ku cari bukan utk aku sahaja tp utk masa depan ku, apabila sudah berumahtangga... dan utk berkongsi dengan rakan-rakan ku yang laen....



  • rajin kan lah kakiku utk melangkah ke rumah-MU Ya Allah,utk solat berjemaah bersama hambamu yg beriman dan mendampingi orang yang berilmu supaya aku dapat berlajar darinya...

  • ringankanlah lidah ku utk sentiasa membaca kalam-MU,berzikir,berselawat hanya kerana mu Ya Allah..




Ya Allah
 jauhkanlah aku menagih cinta dari ajnabi,cinta yang x halal lagi buatku.... cinta yang hanya mengejar nafsu semata-mata,cinta yang bukan berlandaskan syariat mu...
Engkau berilah kekuatan kepadaku utk menangkis semua ini.. jangan mudah goyah dan terpedaya dengan hasutan syaitan dan mengejar duniawi semata-mata...

Ya Allah,
hatiku ini hanya utk orang yang selayaknya dan halal buatku....
Engkau bukakanlah pintu hatiku hanya yang halal buatku, bukan kepada yang haram utkku..
kerana ku tahu diriku sungguh lemah dalam menangani godaan ini Ya Allah,
jangan biarkan ku jatuh terbuai dan lalai dalam keadaan hina dan murka mu,di bawa hanyut jauh di dalam lembah maksiat yang sangat keji,kerana suatu ketika nanti aku akan rasa bergitu berdosa ,hina dan sungguh malu utk aku berhadpan dengan mu Ya Allah...

Ya Allah jangan biarkan kelemahan ku,menjadi titik dan punca utk aku terus kecundang,engakau jadikanlah,kelemahan ku ini sebagai kekuatan dan pegangan utk aku terus berdiri dibawah landasanmu dan di bawah jalan kebenaran mu.... Engkau jangan pesongkan hati- hati ini utk melakukan perkara keji mu... Engkau tunjukkanlah pada ku jalan yang lurus dan benar untuk ku mencapai cinta-Mu yang abadi dan suci selamanya...amin...







No comments :