https://www.facebook.com/nurul.jannah.5439?ref=tn_tnmn SEMANGAT BOSS,PENCIL.MY

Friday, May 16, 2014

realiti hidup

aku selalu tertanya-tanya mengapa Allah mengujiku dengan perkara bagiku ia amat menyakitkanku,bgiku aku x mampu utk lakukan apa-apa..mengapa Allah selalu mengujiku dengan kesedihan dan kekecewaan yg xpernah aku jangka selama ini berlaku... selama ini aku xjangka perkara sebergini akan berlaku dalam driku... aku menanyakan kepada seorang hamba Allah yg ku anggap ia sebagai penasihatku yg memahamiku, ia menjawab, " Inilah namanya kehidupan ...ada pahit dan manis,ada susah dan senag. Dan Allah nak uji kita..nak lihat komitmen kita....kesabaran kita..yang penting bukan siapa yang hadir dalam hidup kita tp adakah kehadiran itu dekatkan kita pada Allah @menjauhkan kita dri Nya"... aku bukanlah wanita yg kuat dalam menetang perkara yg berkaitan soal hati dan perasaan... aku bersyukur sbb aku diuji dan ujian dan dugaan Allah yg menyedarkan aku dri terhumbat kearah yg salah... ini bermakna Allah syg lagi pada aku..aku je yg xsedar...



semalam aku mengikut program anjuran badan organisasi sendiri,ke anjung singgah di kuala lumpur..menyelami kehidupan orang yg xda tempat tinggal,tempat bergantung,hidup yg xada arah tuju, kesian bila melihat keadaan orang seperti ini... hidup mereka lagi pahit dri aku...aku bersyukur yg Allah memberi kehidupan aku lagi bahagia (Alhamdulillah) ,sbb aku ada Allah,keluarga, kawan dan ada orang yang syg kan aku,walupun aku xtahu siapa orang nya... terima kasih kerana hadir dalam hidup jannah.. dan membantu jannah selama ini... Aku sgt2 bersyukur bukan hidup aku lagi sedih tetapi ada lagi insan yg lagi sedih dan lagi susah....terima kasih Allah kerana bagi aku peluang untuk mengenali orang2 seperti itu.. dan memberi aku kesedaran...


Friday, February 14, 2014

Kata seorang hamba Allah " Kemaafan tidak akan mengubah masa lalu (yakni di dunia) namun ia mempermudahkan masa depan(yakni di ahkirat). Semoga kita saling sayang menyayangi sesama manusia lillahi taala,besar ganjaran dari Allah "

Maafkanlah aku yang jahil ini wahai hamba Allah :')

Apabila kita redha pada sesuatu yg mengecewakan hati kita , maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg tidak di jangka........

" Maafkan orang-orang yang menghina ,mengata , mencaci , mengfitnah kita . Kita tak mau ka di padang mahsyar besok , Allah kata " Aku telah turun kan UJIAN pada kamu semasa kamu di dunia wahai hamba KU , namun kamu BESABAR akan ujian Qada dan Qadar yg telah aku tetapkan pada mu itu , kamu pula memaafkan musuh kamu dan kamu pula selalu berperasangka baik terhadap AKU dan Ujian KU , kerana itu AKU juga mengampun kan dosa2 kamu terhadap KU . AKU mengasihi mu wahai hamba ku dan di sebab kan kemaafan mu diantara hamba2KU mahu kah kamu AKU masukkan kedalam syurga KU bersama-sama orang yang beriman " ?

" Kalau orang tu di fikir Ahkirat lebih besar , pasti apa yg berlaku di dunia ni dia angap UJIAN yang bakal dia tempuhi untuk masuk ke syurga , bila dia nak syurga , dia akan hadapi ujian itu dengan ciri ciri orang beriman..... DUNIA ni kecil bagi org2 yang beriman , dan AHKIRAT itu adalah BESAR pada mereka . persangka baik pada Allah pasti kamu akan di muliakan kelak....."

Wallahu'alam......

Thursday, February 13, 2014

ujian itu sgt indah

Alhamdulillah rsa hepy ble kwan ucapkan terima kasih sbb ajak die study sme2…berjaya sama2…
kenagan berlajar sama2…mmg perit dan derita…tp ble ia berakhir trasa best sgt2…seronok bljar …mse 2 kte akan nmpak bgaimana cara kte brusha utk berjya dlm paper exam….apa yg prlu dibaca..mse 2 kelam kabut Tanya soalan mane spot ,soalan yg akan msuk,tnye ada x soalan past year…yg dpat soalan spot sharing2 gune sms,fb…lau dah last minit study juz tumpu soalan spot,mse 2 lah berharap sgt2 supaya soalan spot yg msuk…study saat2 jenting mcm nielah jdinya…mse ini jgk kita snggup berkorban mata dan tido…xkesah tido lmbat utk study apa yg x backup laie,mnghafal apa yg perlu,ngat blik apa yg dibace dan di hafal sbb tkut nak hadap paper exam yg mngerunkan …apa yg digerunkan dan ditakutkan kpada sehelai kertas yg di pototet diberikn kepada sume pljar,dan di dlam terdpat tulisan –tulisan yg berwarna hitam di setiap helaian yg telah dicetakkan…mngkin ayat sy berbelit2 utk di fahami… hnya utk mnghuraikan tntg something yg mmbuatkan sume peljar2 mhupun bdak sek tkut kpada paper exam….kerna paper exam inilah yg menetukan tahap kefhaman dan kebijaksanaan kita terhdap pngusaan subjek yg kita peljari..dan ia jgk yg mnentukan keputusan yg kita akan dpat..keputusan ini bergntung kpada kita,apa yg kita jwab,apa yg kita fham ,apa yg kita tahu slma kita bljar,setiap hari msuk klas,kuliah, totur,dengar lecturer mngajar…ada yg focus,ada yg tido, ada yg berborak2,ada yg berangan,ada yg focus tp xfham…mcm2 kerenah yg kita boleh lihat…



.



Tp,ada laie ujian yg sgt di takut dan digeruni oleh sume manusia….ujian di akhirat nanti,ataupun ujian ketika didlam kubur nanti..soalan nie kite xdpat nak spot dan nak thu…nie sume bergntung kepada amalan kita semasa didunia,cara kita beribadat kepada Allah,niat kita …dan segala yg berkaitan dgn penghambaan kita kpada Allah… apakah sudah cukup kebaikan dan amalan yg kita lakukan didunia nie ,utk kita mnghadap Allah di akhirat nanti?? Berapa bnyak dosa kita yg kita sedar dan x sedari kita lakukan??Allah yg melihat kita,malaikat yg menilai kita….nie sume utk peringatan sy dan jga kpda shbat2 lain yg membaca essay sy nie..:)..essay yg xberapa lengkap dn bnyk guna short form,lau ckgu BM nmpak hbis...



Maka bersyukurlah dgn apa yg kita dpat…apa yg kita dpat itu shja yg kita mampu buat…kita dah berusaha,dan tawakal,dan result dah keluar,say Alhamdulillah… mngkin apa yg kita jngkakan dan kita target xdpat…xpe jgn bersedih cuba laie…smpai berjaya… biar kita biasa/serdahana shaja dlam setiap apa kita lakukan tp di hadapan Allah kita msty jdi extraordinary person…hnya Allah dan kita shaja yg thu apa yg kita lakukan,hnya Allah yg thu apa yg tersirat di sbalik hati hambanya…mekaseh yaAllah kerna kurniakan aku ujian yg perit tp ia mmbuatkanku mnjadi lebih kuat dan lebih matang…lepas nie kne study awal2…set mse study,fikir matlamat…assaigment submit awal2 buat sungguh2…insyaAllah,sekiranya kita sungguh2 dan berusaha akan beroleh kejayaan…Allah nak lihat bagaimana kita berusaha utk capai apa yg kita mahu dan ia mhu jgak kita memohon pertolongan /kebegantungan dgnnya…insyaAllah kita akan berjya dan tenang…


Sunday, February 9, 2014

Setiap orang punya masa lalu,entah itu masa lalu yang indah ataupun kelabu. Jadi...,jika suatu
hari/ saat engkau bertemu dengan seorang yang
kau cintai dan punya niat baik untuk serius dengannya. Janganlah pandang masalalunya,tapi lihatlah ia yg sekarang,jangan jadikan masalalu seseorang sebagai penghalang dalam hal kebaikan




Jika kita sayang seseorang itu dan berusaha untuk menyayangi seseorang itu hanya kerana Allah, maka Allah akan mengekalkan hubungan kita dengan orang yang kita sayang itu...

Malah Allah dengan kasihnya akan membimbing kita dengan orang yang kita sayang tu ke jalan yang diredhai olehnya...percayalah...

ALLAH IS LOVE...

Saturday, February 8, 2014

sabar itu indah :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersabarla tatkala kamu ditinggalkn oleh Seorang, Anggaplah ia sebagai 1 pengajaran bhwa kita juga perna meninggalkan seorg 1 ketika dahulu.
Hari ini dia kau puja,esok mungkin dia kau tak suka.Hari ini dia kau benci,esok dia yang paling kau cintai.Hidup penuh teka-teki...
Sayangi dan benci biar berpada-pada.Kita tak tahu jika esok hati kita Dia beri rasa sebaliknya.Dengan "Kun"Nya,semua bisa jadi sekelip mata....
Jgn terlalu sygkan org yg belum jd milik kita tp syg org ada selalu dgn kita iaitu mak dgn ayah kita ..

Monday, November 4, 2013




Custom Glitter Text

SEJARAH SILAM KEKUATAN BAGI DIRIKU....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Ya Allah selepas maghrib ini bermula lah tahun baru mu,
  kehidupan baru buat ku..
  aku tidak thu apakah yang akan berlaku di hadapan ku nanti...
  semakin kehadapan semakin dekat perasaan takut di dalam dadaku...
  aku tidak mahu masa silam yang telah berlaku berulang kembali...
  biarkan ia pergi menjadi debu-debu beterbangan dan hanyut di bawa angin...

Ya Allah,di tahun baru ini Aku berazam dalam hati ini,

  • Jadikanlah aku dikalangan hambamu ,anak,wanita yang solehah walaupun ku tahu solehah utk hanya mudah diperkatakan tp susah utk dilakukan....

  • mendalami cinta-NYA...cinta yang agung,tiada setulus cinta hanya rasa cinta dari-NYA.. Engkau yang satu.. dalam hatiku "ALLAH"... kejarlah cinta Allah dan rasul dulu,ibu bapa dan keluarga, insyaAllah cinta lain akan datang  utk kamu...ia akan mnyusul selepas Allah dan Rasul... yakin pada Allah... :)

  • Permudahkanlah aku utk mendalami ilmu... walaupun diri ini dari sek ren - ke universiti sentiasa berada didalam kelompok "islam".. tp aku rasa diri ini belum cukup lain ilmu didalam dadaku ini.. ilmu yang ku cari bukan utk aku sahaja tp utk masa depan ku, apabila sudah berumahtangga... dan utk berkongsi dengan rakan-rakan ku yang laen....



  • rajin kan lah kakiku utk melangkah ke rumah-MU Ya Allah,utk solat berjemaah bersama hambamu yg beriman dan mendampingi orang yang berilmu supaya aku dapat berlajar darinya...

  • ringankanlah lidah ku utk sentiasa membaca kalam-MU,berzikir,berselawat hanya kerana mu Ya Allah..




Ya Allah
 jauhkanlah aku menagih cinta dari ajnabi,cinta yang x halal lagi buatku.... cinta yang hanya mengejar nafsu semata-mata,cinta yang bukan berlandaskan syariat mu...
Engkau berilah kekuatan kepadaku utk menangkis semua ini.. jangan mudah goyah dan terpedaya dengan hasutan syaitan dan mengejar duniawi semata-mata...

Ya Allah,
hatiku ini hanya utk orang yang selayaknya dan halal buatku....
Engkau bukakanlah pintu hatiku hanya yang halal buatku, bukan kepada yang haram utkku..
kerana ku tahu diriku sungguh lemah dalam menangani godaan ini Ya Allah,
jangan biarkan ku jatuh terbuai dan lalai dalam keadaan hina dan murka mu,di bawa hanyut jauh di dalam lembah maksiat yang sangat keji,kerana suatu ketika nanti aku akan rasa bergitu berdosa ,hina dan sungguh malu utk aku berhadpan dengan mu Ya Allah...

Ya Allah jangan biarkan kelemahan ku,menjadi titik dan punca utk aku terus kecundang,engakau jadikanlah,kelemahan ku ini sebagai kekuatan dan pegangan utk aku terus berdiri dibawah landasanmu dan di bawah jalan kebenaran mu.... Engkau jangan pesongkan hati- hati ini utk melakukan perkara keji mu... Engkau tunjukkanlah pada ku jalan yang lurus dan benar untuk ku mencapai cinta-Mu yang abadi dan suci selamanya...amin...